September 30, 2013

Koci Pulut


Resepi

Bahan-bahannya :

2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1/2 sudu teh garam
Inti kelapa gula merah secukupnya
Daun pisang yang telah dilayurkan secukupnya untuk membungkus.

Cara membuatnya :

1. Campurkan tepung pulut, gandum & garam ke dalam sebuah bekas, Campur sebati. Tuang air & uli sebati.
2. Ambil sedikit doh, isi inti. Ambil daun yang telah dilayurkan tadi, sapu minyak masak sedikit agar tidak melekat tika dibuka & makan nanti. Bungkus sekemasnya.
3.  Kukus selama 25 minit. Siap !


Selamat Mencuba !

September 29, 2013

reality

i gave him a book about a cat
a cat that can chat
he reads you, the cat
like a gin to the tonic
his brown eyes
reflecting his reality

but i'm a cat
and you...
you are the snowflake
winter ends, you're gone

September 28, 2013

Don't Even Say Let Me Fix You

"Are you happy?", he asked
"I am, I am... content," she said
"and that's good enough right?"
"I guess."

"Tell me why are you doing this to me again?"
"Because I'm mad?" (Maybe because I'm a bitch)

"Are you happy?"
"I think I am"
"So this is it?"
"Yeah, I think so. This is it"

September 27, 2013

Kek Mousse Coklat



Lucu-lucu ni, 4 tahun dah tak buat kek. Damn. :P
Kenapa ? Sebab saya memang paling tidak suka baking kek. Apa tidaknya, mahu dimeasure-measure lagi ngan tepat kan ? dah la saya ni orangnya kalau masak or baking main campak-campak ja. hehehe.
Tapi sebab terliur punya pasal, tertengok picture daripada rakan fb yang buat sis Nor Liza, saya pun nekad la membuatnya. Tak mahulah lempunan nanti. :)

Maka itu, terhasilah kek pertama yang tak seberapa ni setelah 4 tahun tak membaking kek. kuikuikui !
Nasib baiklah jadi. hahaha. Biasanya keberhasilan saya dalam membaking kek, fail ! Serius. :D
Baik hati sis Nor Liza nak kongsi resepi dengan saya. Terima kasih sis. I love you !

Ini resepinya, cubalah buat. Sedap !


Resepi

Bahan kek

45gm butter
1 biji telur
65gm gula halus
50gm tepung kek
1/2 sk baking
1sudu makan serbuk coklat/koko

Bahan mousse

140 gm coklat masakan dicairarkan + 1 sudu galetin + 100ml air dan sejukkan
2 putih telur
200 gm krim
40 gm gula
( putar sampai betul-betul berkrim )

Cara membuatnya :

1. Pukul butter bersama gula hingga kembang. Masukkan telur. Putar lagi.
2. Masukkan pula baking powder yang telah diayak bersama tepung kek.
3. Sediakan acuan, masukkan adunan tadi & bakar pada suhu 150' selama 20minit.
4. Sementara menunggu kek masak, bolehlah sediakan moussenya pula.
5. Putar krim & gula hingga kembang, masukkan putih telur. kemudian campurkan dengan sebatian coklat yang dicairkan tadi.
6. Tuang atas kek yang dah sejuk, kemudian bekukan selama lebih kurang 1 jam. Sedia dinikmati.

Selamat Mencuba !

September 26, 2013

Everything Will Be Fine

You know sometimes you go through life, you don't realized that it's crooked. You thought life was normal, and there was nothing seriously wrong with it. Until something happened or someone came along and knocked you out cold of your comfort zone.

And then, wa-lah! Suddenly the air becomes clearer and the light seems brighter. And you noticed, how crooked life was and you wonder how on earth that you went along not noticing the flaws. Or even if you did notice, how was it possible that you crossed the line and let yourself be drifted away for so long?

But then again, I guess that's part of how the universe tries to teach you one thing or two about life. Because human being human, we are naturally narcissistic and wimpish. Too scared of the consequential, or just scared of being decisive. Some went along the conventional, safe way and probably spent most of their life not knowing how greener the grass is on the other side. But some ventured into road less traveled and came out with exceptional stories.

In the end I suppose, it is something very subjective, what is right for me, might not be right for you; and what is best for me, might not be the best for you. But you know you've found something extraordinary, when the winning stories are mutually savoured upon.

Kuih Cara Berlauk



Pertama kali teringin sangat mahu buat kuih ini tika terlihat salah satu iklan pengacara TV3, dia buat iklan Planta, ntah lupa dah namanya. Dia buat kuih ini untuk acara berbuka puasa bersama keluarganya.
Selepas tertengok saja iklan itu apalagi ? teruslah cari acuannya !
Acuan bahulu sahaja saya dapat beli, acuan yang betul-betul digunakan untuk buat kuih cara ini, tidak dapat.
Acuan kuih cara sebenarnya agak sama cuma perbezaannya terdapat pada saiz kuih yang lebih besar dari saiz kuih bahulu.

Bila dapat beli, saya cuba buat berdasarkan resepi dari majalah Rasa. Percubaan pertama jadi dengan jayanya ! Senangnya dalam hati bila mencuba sesuatu dan hasilnya sangat membahagiakan.
Bagi saya, bidang masak ini adalah satu terapi yang sangat baik. Bila saya marah, saya masak. Bila saya sedih, saya masak dan bila saya gembira pun, saya masak. Makannnya tidak juga. Kekadang saya masak untuk orang sekeliling saya yang makan. Saya makan seketul pun sudah cukup. :)

Ini acuan yang saya gunakan untuk buat kuih cara berlauk mahupun kuih cara manis.




Banyak jasa acuan ini pada saya. Masuk ribuan biji jugalah acuan ini telah hasilkan kuih. Terima kasih acuanku ! I love you !
Harganya masa saya beli ialah RM28 di Sungai Besar, Sabak Bernam. Acuan ini tak berkarat dan tak melekat bila digunakan. Itu sebab mahal kot !

Oklah, ini dia resepi yang diadaptasi dari buku resepi majalah Rasa keluaran Ogos 2007.
Bolehlah anda mencubanya kalau itu mood rajin datang. Kuang, kuang.


Resepi

Bahan Kuih :

500 gm tepung gandum
1500 ml santan cair
2 biji telur
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan Inti :

200 gm daging kisar
4 biji bawang merah kisar
4 ulas bawang putih kisar
3 sudu makan rempah kari daging
3 biji bawang besar dipotong dadu
Cili hijau & merah secukupnya untuk hiasan
10 gm bawang goreng ( optional )
5 gm daun sup cincang
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis secukupnya

Cara Memasaknya :

1. Untuk membuat intinya, panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumis bawang putih & bawang merah sehinnga naik bau.
2. Kemudian masukkan rempah kari, kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula daging kisar, garam, gula dan bawang besar yang didadu. Tumis hingga pekat dan daging empuk.
4. Selepas itu, tabur bawang goreng & daun sup.
5. Untuk membuat kuihnya, tepung, santan, telur, serbuk kunyit dan garam dimasukkan ke dalam sebuah bekas. bancuh sehingga adunan menjadi cair.
6. Panaskan acuan, sapu minyak sedikit. Tuang sedikit adunan, kemudian isi inti, tuang sedikit lagit adunan sehingga inti tertutup. Hias cili hijau & merah.
7. Bila sudah masak dan warnanya agak keperang-perangan, bolehlah diangkat.
8. Sedia untuk dinikmati.


Selamat Mencuba !




September 25, 2013

Beef Sausage, Mushrooms and Pineapple Pizza



Mulut masih rasa pahit lagi. Demam tak kebah sepenuhnya. Belum selera nak makan nasi. Tapi sebab nak minum ubat punya pasal, terpaksalah cari sesuatu untuk dimakan. Tidak boleh dimanja-manja ini demam.
Fikir punya fikir, anak tekak teringin pula nak makan homemade piza. Tinggi permintaan anak tekak ni kan ? hahaha

Senang saja buat piza ni rupanya, cuma ambil masa buat dohnya, itu saja. Bila dah siap doh, tinggal tepek-tepek ja bahan-bahannya kat atas piza, kemudian bakar.

Dulu masa malas masuk dapur, selalu beli ja kat mana-manalah restoran makanan segera walaupun mahal gila. Bayangkanlah saiz piza yang saya buat ni, regular saiz berapa harganya ? dekat RM30 jugalah. Walhal dengan RM30 tu saya boleh buat 5 keping piza saiz regular. Hmm. cuma harga keju mozzarella la yang tak bole tahan memang mahal sangat. 250 gm bersamaan RM9.50. Wedede !

Patut tu kawasan-kawasan tanah sejuk seperti di kundasang, Kota Kinabalu, ternak lembu banyak-banyak bahkan ? Boleh juga kita hasilkan keju sendiri. Takyah nak import. Ntah ada tak pihak-pihak tertentu fikir tu ya ? Keju permintaannya tinggi apa di Malaysia. Terutama dalam bidang bakeri. kalaulah diorang dapat dengar suara rakyat, kan bagus.

Resepi doh piza ni saya dapat dari buku resepi Alaf 21, Kompilasi Hidangan Berkeju. Lengkap buku ni, pasal keju semua. Ini dia resepinya, moga dapat dimanfaatkan bersama ya.

Arios !


Resepi

Bahan doh ( untuk 4 keping roti ) :

600 gm tepung roti
200 gm tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
1 sudu kecil pemantap roti (bread improver)
1 paket yis segera ( Mauripan ) + air suam anggaran 1 1/2 cawan
80 g shortening/marjerin
2 sudu besar gula halus

Inti :

Sos pasta secukupnya
Sosej lembu 2 secukupnya ( saya gunakan produk Ramli Burger - dihiris )
Nanas kiub dalam tin ( dihiris )
Cendawan butang dalam tin ( dihiris )
1 biji lada benggala ( menaikkan aroma piza - dihiris )
keju mozzarella secukupnya

Cara Membuat :

- Panggang sosej tanpa minyak atas non-stick pan hingga agak garing sedikit. Angkat dan hiris.
- Sediakan roti piza yang telah siap dibakar lagi 5 % masak. Sapukan sos pasta.
- Susun bahan inti. Akhir sekali tabur keju.
- Bakar pada suhu 180' selama 10-15 minit hingga keju cair & roti masak garing sepenuhnya. Siap !


Selamat Mencuba !








Pau Goreng Inti Kelapa Gula Merah



Resepi

Bahan-bahannya :

500g tepung gandum 
1 paket mauripan 
1/2 cawan minyak masak 
1 biji telur 
1/2 sudu teh garam 
2 sudu makan gula 
Air secukupnya 
Inti kelapa gula merah secukupnya 

Cara-caranya :

- Rendam mauripan dengan air suam hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum, garam, gula, minyak & telur ke dalam sebuah bekas. Gaul sebati. 
- Masukkan mauripan yang sudah kembang tadi. Masukkan air. 
- Uli sebati sehingga menjadi doh yang lembut. - 
- Perap doh selama 30minit sehingga naik 2 kali ganda. 
- Ambil adunan sebesar bola ping pong, isi inti. 
- Biarkan selama 10 minit, kemudian goreng hingga kekuningan. Siap. 

Selamat mencuba !

September 22, 2013

Semperit Bunga Dahlia




Resepi

Bahan-bahannya :

500gm marjerin 
600gm gula halus 
2 biji telur 
400g tepung gandum
100g tepung jagung 
100g tepung kastard 
1 sudu teh baking powder 
1 sudu teh emplex 
1 sudu teh esen vanila  
ceri merah secukupnya 

Cara Membuatnya : 

- Putar marjerin, gula & telur hingga kembang.
- Masukkan pula tepung jangung & kastard disusuli dengan baking powder & emplex 
- Akhir sekali, esen vanila. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli. 
- Bolehlah dibentuk ikut acuan semperit kesukaan anda. 
- Hias dengan ceri merah. 
- Bakar pada suhu 150', 15-20minit. 


Selamat Mencuba !

Biskut Adikku Sayang




Biskut baharu dari saya tahun ini.
 

Adik tunggal saya 'hantu coklat' tapi tidak pada apa-apa jenis kacang pun. 

Kalau makan biskut Almond London, Londonnya saja dimakan tapi tidak sesekali Almondnya. Membazirkan ?
 

Alternatifnya, lahirlah biskut ini khas buatmu duhai adikku sayang ! Syukur, dia suka. Dia 'happy'. :')
 

Biskut ini berperisa coklat bercampur dengan 'cornflakes', disaluti dengan coklat 'bittersweet'. Ta'raa !


Resepi

Bahan-bahannya :
 
250g Marjerin
50g Gula ising
300g Tepung gandum
50g Tepung jagung
50g Serbuk koko
50g Cornflakes
2 Biji telur gred A
Coklat & manik untuk hiasan

Cara Membuatnya :
 
- Putar marjerin & gula ising hingga kembang. Disusuli dengan telur. Putar.
- Masukkan pula serbuk koko, tepung jagung & gandum
- Akhir sekali masukkan cornflakes. Uli sebati.
- Bentukkan ikut suka. Bakar pada suhu 180' selama 15-20 minit.
- Hias ikut kreativiti anda.

 
Selamat Mencuba !


Tart Nanas

 

Tart nanas atau tart nenas ? Merujuk pada kamus, perkataan sebetulnya adalah nanas. Dalam bahasa baku. Tapi jika ikut dialek kaum masing-masing, kebanyakkan orang menyebutnya dengan sebutan nenas. Apapun, maksudnya tetap sama, sejenis buah tropika yang boleh dimakan. kikiki

Biskut ini antara biskut saya yang terlaris jualannya tiap tahun. Raya tadi sahaja, ia tidak sempat dipamer atau ditangkap gambar, siap saja pelanggan sambar !

Soalan cepu cemas dari pelanggan apabila membeli biskut ini, biasalah, " cair di mulut tak ? " jawapannya, "Ya, cair di mulut. " :D

Di sini saya kongsikan resepinya di mana saya peroleh dari salah satu majalah masakan saya.


Resepi

Bahan-bahannya :

250gm mentega
160gm gula halus
300gm tepung gandum
100gm tepung jagung
40gm tepung kastard
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Inti nanas secukupnya
1 biji kuning telur atau untuk tidak membazir 1biji telur + pewarna kuning telur untuk glis.

Cara Membuat :

1. Pukul mentega, gula halus, esen vanila & kuning telur dalam sebuah bekas hingga gebu. Kemudian masukkan tepung jagung, kastard & gandum, uli doh hingga sebati.
2. Gunakan acuan yang anda suka, terapkan, masukkan inti, Gulung kemas.
3. Sapu kuning telur kemudian bakar pada suhu 150-160' selama 15-20 minit. Ikut kemampuan oven masing-masing. Siap !

Selamat Mencuba !

Biskut Almond London





Balik-balik paper cup warna hitam. Biskot warna coklat kehitaman, paper cup warna hitam. Tiap-tiap tahun hitam. Ini kali gold. Kasi lai itu ong ! :D

Rasa si almond london saya agak berlainan tahun ini, adunan biskutnya saya campur dengan sidikit nestum. Jadi ada rasa lebih rangup di situ. Yang lain-lain, macam biasa.

Biskut berinti kacang almond sebiji disalut dengan coklat bittersweet dan ditaburi dengan almond chunk. Wa-lah ! 



Resepi


Bahan-bahan :


400gm tepung gandum
250gm mentega
55gm gula kastor
25gm tepung jagung
1 sudu esen vanila
Kacang badam panggang secukupnya
Kacang cincang badam secukupnya
Coklat cair secukupnya


Cara Membuatnya :


1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan esen vanila.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung. Uli doh hingga sebati.
3. Ambil sedikit doh dan balut sebiji badam panggang. Kemaskan doh.
4. Bakar pada suhu 150-160' selama 25 minit atau keperang-perangan.
5. Setelah benar-benar sejuk, salut dengan coklat cair dan susun ke dalam cawan kertas.
6. Tabur badam cincang. Siap !


Selamat Mencuba !






Biskut Bangkit

 


Resepi

Bahan-bahan :
 

120g marjerin
360g tepung jagung
50g tepung ubi

120g gula ising
2 biji kuning telur



 Caranya :
 

- Pukul marjerin & gula hingga kembang.
- Masukkan kuning telur.
- Masukkan tepung jagung & ubi, uli.
- Masukkan doh ke dalam piping beg. Bentuk mengikut citarasa anda.
- Bakar pada suhu 180' selama 15-20 minit.

Tips :
- boleh tambah cheese bagi penggemar cheese. lebih sedap !
- Pati santan pun boleh. 


Selamat Mencuba !



Biskut Makmur Sabah




Di Indonesia ia dikenali sebagai 'Puteri Salju'.
Tidak menggunakan minyak 'moo-moo' di atas permintaan pelanggan. Berintikan kacang tumbuk & disaluti dengan gula ising. Juga dicampur dengan serbuk susu untuk menambah sedap rasanya!
Resepi turun-temurun dari Mbah (nenek sebelah ibu). Terima kasih Mbah.


Resepi

Bahan :
250g Marjerin
300g Tepung gandum (digoreng tanpa minyak sehingga terasa ringan & naik baunya)
50g Serbuk susu
2 biji Telur Gred A
50g Kacang tanah (digoreng tanpa minyak & tumbuk untuk dijadikan inti)
Gula ising secukupnya

Cara-caranya :
- Putar marjerin & telur hingga kembang.
- Masukkan tepung gandum, serbuk susu & uli.
- Bentukkan, isi inti. Bakar pada suhu 180' selama 15-20 minit.
- Golekkan pada gula ising. Siap !


Selamat Mencuba !