September 27, 2013

Kek Mousse Coklat



Lucu-lucu ni, 4 tahun dah tak buat kek. Damn. :P
Kenapa ? Sebab saya memang paling tidak suka baking kek. Apa tidaknya, mahu dimeasure-measure lagi ngan tepat kan ? dah la saya ni orangnya kalau masak or baking main campak-campak ja. hehehe.
Tapi sebab terliur punya pasal, tertengok picture daripada rakan fb yang buat sis Nor Liza, saya pun nekad la membuatnya. Tak mahulah lempunan nanti. :)

Maka itu, terhasilah kek pertama yang tak seberapa ni setelah 4 tahun tak membaking kek. kuikuikui !
Nasib baiklah jadi. hahaha. Biasanya keberhasilan saya dalam membaking kek, fail ! Serius. :D
Baik hati sis Nor Liza nak kongsi resepi dengan saya. Terima kasih sis. I love you !

Ini resepinya, cubalah buat. Sedap !


Resepi

Bahan kek

45gm butter
1 biji telur
65gm gula halus
50gm tepung kek
1/2 sk baking
1sudu makan serbuk coklat/koko

Bahan mousse

140 gm coklat masakan dicairarkan + 1 sudu galetin + 100ml air dan sejukkan
2 putih telur
200 gm krim
40 gm gula
( putar sampai betul-betul berkrim )

Cara membuatnya :

1. Pukul butter bersama gula hingga kembang. Masukkan telur. Putar lagi.
2. Masukkan pula baking powder yang telah diayak bersama tepung kek.
3. Sediakan acuan, masukkan adunan tadi & bakar pada suhu 150' selama 20minit.
4. Sementara menunggu kek masak, bolehlah sediakan moussenya pula.
5. Putar krim & gula hingga kembang, masukkan putih telur. kemudian campurkan dengan sebatian coklat yang dicairkan tadi.
6. Tuang atas kek yang dah sejuk, kemudian bekukan selama lebih kurang 1 jam. Sedia dinikmati.

Selamat Mencuba !

No comments:

Post a Comment