Bahulu Kukus Lapis Pulut. Tercetus idea mahu membuatnya bila terkenang momento bersama ibu. Di mana, dia nak makan pulut manakala saya pula nak makan bahulu kukus. Jadi apa salahnya kan saya gabungkan kedua-duanya ? hehehe. Mesti ibu suka ni. :)
Resepi bahulu saya ikut seperti yang terdahulu saya buat, cuma warnanya sahaja saya tukar. Rasanya manis lembut & teksturnya gebu. Pulut pula lemak masin santan. Saya guna santan cair sahaja sebab tidak mahu rasa yang terlalu lemak.
Ingat tak kuih seri muka ? Lebih kurang begitulah kombinasi rasanya, manis campur masin. Cuma ini saya tukar lapisan hijau itu kepada lapisan bahulu kukus.
Resepi bahulu saya ikut seperti yang terdahulu saya buat, cuma warnanya sahaja saya tukar. Rasanya manis lembut & teksturnya gebu. Pulut pula lemak masin santan. Saya guna santan cair sahaja sebab tidak mahu rasa yang terlalu lemak.
Ingat tak kuih seri muka ? Lebih kurang begitulah kombinasi rasanya, manis campur masin. Cuma ini saya tukar lapisan hijau itu kepada lapisan bahulu kukus.
Hasilnya ? Lebih sedap dari kuih seri muka, yang mana kalau kita makan, lapisan hijaunya sering melekat kat lelangit mulut kan ? yang ini, tidak. Sedap gila !
Sentuh pasal coraknya pula, ia corak hena sebenarnya. kikiki. Sesiapa yang pandai buat hena kat tangan tu, mesti terer buat corak kat atas bahulu kukus lapis pulut ni. :)
Bagi saya, saya belum berpuas hati dengan corak tu. Buat dalam keadaan terkejar-kejar, kelam kabut, itulah hasilnya. Apapun, nanti saya ubah dari masa ke masa ya.
Bah, ini resepinya. Cuba buat tau, jangan takut untuk mencuba ! Happy Baking !
Resepi
Bahan-bahannya :
Lapisan Pulut
2 cawan pulut ( basuh 2 x )
2 cawan santan cair ( kalau nak rasa lemak lagi, guna 1 cawan santan pekat : 1 cawan santan cair )
1/2 sudu teh garam
Cara-caranya :
- Masukkan pulut, santan dan garam ke dalam kuali. Tanak hingga pekat dan likat. Matikan api. Pindahkan ke periuk kukus. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan. Ambil acuan kuih lompang yang telah disapu dengan minyak masak (agar tak melekat), isi separuh pada acuan. Tepekkan/tenyeh pada acuan sehingga padat.
- Kemudian tuang adunan bahulu kukus.
- Kukus lebih kurang 10 minit. Siap !
Lapisan Bahulu Kukus
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri ( saya guna bluekey )
1 1/2 cawan air soda bikarbonat ( saya guna sprite )
1 sudu teh ovallette
1 sudu teh esen vanila
pewarna ikut pilihan kolbu
1 sudu teh esen vanila
pewarna ikut pilihan kolbu
Cara-caranya :
- Pukul telur, gula halus dan ovallette hingga putih gebu. Kemudian masukkan tepung gandum dan naik sendiri. Pukul sebati.
- Masukkan sprite, kaup balikkan guna spatula dan akhir sekali, masukkan esen vanila.
- Ambil sedikit adunan dan warnakan. Siap.
- Bolehlah dituang atas lapisan pulut tadi.
Tips :
- Pastikan jangan terlebih tepung. Adunan harus sepekat bila kita tarik dengan sudu ke atas ia tak putus. Kalau pekat sangat (terlebih tepung) ia akan jadi apam mekar. Kalau secair adunan yang saya syorkan, anda boleh mencorak di atas permukaan bahulu.
- Bahan-bahan yang digunakan juga pastikan semuanya fresh/baharu, agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku (bantat) kikiki
Selamat Mencuba !
No comments:
Post a Comment