Resepi ( 15-20 biji )
Bahan-bahan :
2 biji telur
2 cawan gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri ( saya guna Bluekey )
1 sudu teh ovallette
1 cawan minuman soda bikarbonat ( saya guna Sprite )
1 sudu teh esen vanila
Pewarna yang anda suka secukupnya
Cara-caranya :
- Pukul telur, gula halus & ovallette hingga gebu. Kemudian masukkan tepung gandum & naik sendiri sedikit demi sedikit. Pukul lagi.
- Masukkan pula Sprite. Gaul guna spatula. Kaup balikkan. Akhir sekali, masukkan esen vanila. Kacau lagi.
- Ambil sedikit adunan, warnakan.
- Sapu acuan dengan sedikit minyak masak. Masukkan adunan. Corakkan ikut kreativiti anda.
- Kukus selama 10 minit. Siap !
Tips :
- Pastikan jangan terlebih tepung. Adunan harus sepekat bila kita tarik dengan sudu ke atas ia tak putus. Kalau pekat sangat (terlebih tepung) ia akan jadi apam mekar. Kalau secair adunan yang saya syorkan, anda boleh mencorak di atas permukaan bahulu.
- Bahan-bahan yang digunakan juga pastikan semuanya fresh/baharu, agar tiada kejadian yang tidak diingini berlaku. kikiki
Selamat Mencuba !
salam kenal Juliana..nnt akk pun nk try jugak la buat apam ni, macam senang...hihi
ReplyDeleteThnx..
Salam kenal kembali. Okay, memang senang ja resepi ni kak, janji follow betul-betul & guna bahan-bahan yang fresh. Good luck. Welcome :)
DeleteKalau tak ada ovalette boleh ganti dgn apa eh?
ReplyDeleteThank you
tak boleh ganti ovalette dengan apa-apa. kena ada juga. sebab ia agen pelembut apam or kek. ia ja yang mampu buat hal tu. :)
Delete