October 10, 2013

Apam Gula Hangus


Selamat siang semua.
Hari ni saya bersarapan ngan apam gula hangus pula, gula saja hangus, tidak kuihnya. ekekek

Resepi saya cipta sendiri. ehem, ehem. :D
Ngam dengan citarasa saya. Lembut, rasa gula merahnya, tidak terlalu manis, tidak juga terlalu tidak manis. hahaha
Bila kuih bercampur dengan kelapa parut putih yang telah digaul dengan sedikit garam di dalam mulut, macam tahun baharu cina rasanya ! Meletup like mercun. ekekek

Resepi apam saya semua ada rahsia teruk tu, si sprite.
Jadi jangan risau, ia pasti menjadi kalau anda ikut resepi betul-betul.
Lagi pun, tidak ada masa saya mahu buat dosa kering, menipu resepi, orang buat tak jadi. Saya sendiri pernah mengalaminya. Excited, kumpul bahan. Test buat. Tidak jadi. Bila dikaji, resepi itu tidak betul. Tipu. Sabor je la. What else I can do ?
Jadi, saya tidak mahu buat perkara itu pada anda, tidak mendatangkan apa-apa faedah kecuali dosa.

Berbalik pada kuih apam gula hangus ni, saya tidak menggunakan gula hangus sama sekali. Sebab bagi saya, jika gula hangus yang telah bercampur air dimasukkan ke dalam adunan apam, ditakuti, silap hari bulan, ianya akan menjadi bantat (tidak kembang gebu). Kenapa ? Air bersifat berat dalam baking. Ia boleh tarik semua kegebuan turun on the spot. Ngerikan ?
Macam kita kena hujan, baju basah. Rasa beratkan ? Haa, macam tu la si apam rasa. hehehe 
Plus, saya hanya suka buat benda yang pasti sahaja. Tidaklah membazir bahan. :)
Jadi, saya tukarkan gula hangus dengan gula perang halus & gula merah hancur. Sedikit serbuk koko, untuk colournya. Wa-lah !

Ini dia resepinya. Sila-silalah skodeng. :D


Resepi

Bahan-bahannya :

2 biji telur
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula perang halus
1 cawan gula merah yang hancur halus
1 cawan sprite/ais cream soda f&n/7up ( minuman soda bikarbonat )
1 sudu teh ovallette
1 sudu teh serbuk koko
kelapa parut muda putih sahaja campurkan dengan secubit garam secukupnya

Cara Membuatnya :

- Pukul telur, gula merah, gula perang & ovallete hingga gebu.
- Masukkan tepung gandum, naik sendiri & serbuk koko. Pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan sprite, gaul guna senduk atau lebih afdal spatula. Kaup balikkan hingga sebati.
- Sediakan acuan, masukkan adunan ke dalam acuan 80% penuh sebab bila dikukus nanti ia akan naik 20% lagi. Kukus selama 10 minit.
- Hidangkan bersama kelapa parut tadi. OMG rasanya !

Selamat Mencuba ! 

No comments:

Post a Comment