Tadaaa.. Ngarku chips in the house ! Siap sudah.. Memang sedap ! Sedap
dari kentang. Lepas goreng, boleh ngap terus. Tak perlu diperasakan
dengan garam atau lada hitam, rasanya sudah ada. Lemak manis. Rangup
gila. Rupanya macam kerepek ubikan ? Tapi tahap rapuhnya tak macam ubi
yang keras sikit tu, kerepek Ngarku, lebih renyah/rapuh. Pelaburan yang
berbaloi. Ini pertama kali saya mencubanya tau.. mama mia! :)
Penyediaannya
senang sahaja, beli Ngarku yang tengah murah di pasaran sekarang sebab
ngah musimnya. Tapikan, tak lah murah sangat macam dulu-dulu masa saya
tidak pandai makan tu. Harganya waktu itu, seingat saya dalam lingkungan
RM2 sekilo. Sekarang RM7+ macam tu. Mahalkan ? Dah diskaun pun turunlah
sebanyak RM4.88 sekilo. Nak rasa punya pasal, kena beli juga &
buat. Saya beli 2 kilo terus. Inilah rupanya si Ngarku tu sebelum dibersihkan.
Macam rupa bawang putihkan ? macam sengkuang pun ada. Oh ya, saya pun dah masak ayam kicap bersama Ngarku ni. Kalau dimasak bersama lauk, ia kena dimasak lama sikit dari kentang, biar empuk. Baru sedap. Rasanya ? kurang kanji dari kentang, ada sedikit kerangupan di situ. Manis. Sifatnya sama seperti kentang, akan menyerap perasa di dalam lauk. Jadi, kurangkan perasa kalau tak nak rasa Ngarku ni terlebih diperasakan ya. Ini pula rupanya bila dah dibersihkan.
Lepas dah dikupas, dibersihkan mana yang patut, sagat macam nak buat kerepek tu ya. Macam ni..
Lepas tu, gorenglah. Goreng kena sekeping-sekeping, agar ia tak melekat
antara satu sama lain. Buat cepat-cepat supaya masak sekata. Masa sagat
tu pun, ketebalan harus sama. Kalau tidak, ada yang rangup dan ada pula
yang belum garing dah diangkat sekali nanti. Bah, jom goreng !
Goreng hingga kekuningan. Angkat & toskan. Boleh juga tabur garam atau lada hitam. Ikut suka. Siap ! :D
Selamat Mencuba !