Apam mekar. Terbuat ini apam sebab tertengok apam mekar Kak Yah (Rogayah Ibrahim) la ni, geram. kikiki & semalam dah janji ngan CT (Siti Hajar Idris) & Kak Yah nak buat. Kalau tak janji, jangan harap. hahaha.
Biasalah kalau akhir tahun ni kan ? mood ke laut semua. huhuhu
Tapi ini bukan resepi Kak Yah yang saya guna, sebab saya tak suka apam tepung beras.
Resepi ni hasil olahan saya sendiri. Lebih kurang sama macam bahulu kukus thai tapi saya adjust bahan-bahannya sana & sini supaya ia mekar di petang Isnin. :D
Maka, terhasillah apam mekar di taman hati. hahaha. Rasanya lembut, manis ? tidak terlalu, saya pilih yang sedang-sedang sahaja. Ia menyihatkan juga tau sebab kukus, bukan kudapan bergoreng. Siapa yang ngah diet tu, sesuai sangat. Bah, try tau. Sedap !
Resepi (lebih kurang 35 biji)
Bahan-bahannya :
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri (saya guna brand Bluekey)
1 cawan gula halus
2 biji telur
1 sudu teh ovelette
1/2 cawan minuman soda bikarbonat (saya guna Sprite)
1 sudu teh esen vanila
Pewarna cecair secukupnya
Paper cup secukupnya
Cara-caranya :
- Pukul telur, gula & ovelette hingga putih gebu.
- Kemudian masukkan tepung gandum & naik sendiri, sedikit demi sedikit. Pukul lagi sehingga sebati.
- Kemudian masukkan pula air soda bikarbonat. Gaul guna sudip nasi atau spatula. Kaup balikkan hingga sebati.
- Ambil sedikit adunan, warnakan dengan warna kegemaran anda.
- Sediakan acuan lompang, masukkan paper cup dan isi dengan adunan tadi.
- Kukus selama 10 minit. Siap.
Tips :
- Hasil adunan agak pekat agar ia mekar cantik nanti. Tetapi hasilnya lembut sebab ada ovalette.
- Pastikan ke semua bahan-bahan yang digunakan baharu.
Selamat Mencuba !
No comments:
Post a Comment