December 24, 2013

Ngarku (China Arrowhead) Chips


Tadaaa.. Ngarku chips in the house ! Siap sudah.. Memang sedap ! Sedap dari kentang. Lepas goreng, boleh ngap terus. Tak perlu diperasakan dengan garam atau lada hitam, rasanya sudah ada. Lemak manis. Rangup gila. Rupanya macam kerepek ubikan ? Tapi tahap rapuhnya tak macam ubi yang keras sikit tu, kerepek Ngarku, lebih renyah/rapuh. Pelaburan yang berbaloi. Ini pertama kali saya mencubanya tau.. mama mia! :)

Penyediaannya senang sahaja, beli Ngarku yang tengah murah di pasaran sekarang sebab ngah musimnya. Tapikan, tak lah murah sangat macam dulu-dulu masa saya tidak pandai makan tu. Harganya waktu itu, seingat saya dalam lingkungan RM2 sekilo. Sekarang RM7+ macam tu. Mahalkan ? Dah diskaun pun turunlah sebanyak RM4.88 sekilo. Nak rasa punya pasal, kena beli juga & buat. Saya beli 2 kilo terus. Inilah rupanya si Ngarku tu sebelum dibersihkan. 


Macam rupa bawang putihkan ? macam sengkuang pun ada. Oh ya, saya pun dah masak ayam kicap bersama Ngarku ni. Kalau dimasak bersama lauk, ia kena dimasak lama sikit dari kentang, biar empuk. Baru sedap. Rasanya ? kurang kanji dari kentang, ada sedikit kerangupan di situ. Manis. Sifatnya sama seperti kentang, akan menyerap perasa di dalam lauk. Jadi, kurangkan perasa kalau tak nak rasa Ngarku ni terlebih diperasakan ya. Ini pula rupanya bila dah dibersihkan.


Lepas dah dikupas, dibersihkan mana yang patut, sagat macam nak buat kerepek tu ya. Macam ni..

 

Lepas tu, gorenglah. Goreng kena sekeping-sekeping, agar ia tak melekat antara satu sama lain. Buat cepat-cepat supaya masak sekata. Masa sagat tu pun, ketebalan harus sama. Kalau tidak, ada yang rangup dan ada pula yang belum garing dah diangkat sekali nanti. Bah, jom goreng !

 

Goreng hingga kekuningan. Angkat & toskan. Boleh juga tabur garam atau lada hitam. Ikut suka. Siap ! :D


Selamat Mencuba !


No comments:

Post a Comment