April 4, 2016

Marilyn Manson

Hebatnya Air

Dahaga.. Cari air..
Mandi.. Cari air..
Masak.. Cari air..

Kenapa tidak kita contohi air?
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajar dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak.. airlah pemadam.
Pokok layu.. air disiram.

Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air..
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu...
Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air...

Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai... berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus.



No comments:

Post a Comment