December 13, 2013

Roti


Makan seminggu jugalah saya buat research tentang roti, bila maklumat dah lengkap baru berani buat. Yalah, nanti kalau buat-buat tak jadi, bazir bahan ja kan ? hehehe

Sebelum ni kalau buat sesuatu yang melibatkan yis ialah donut, pau & apam gandum. Roti ? tak pernah. takut. hahaha. Tapi bila dah tengok ramai kawan yang cuba & berjaya. Semangat terus datang. Caiyok gitu !

Antara maklumat penting yang saya dapat tentang meroti ialah :

1. Best friend roti ialah gula. Rendam yis bercampur dengan gula, menyuburkan pembiakkan yis.

2. Musuh ketatnya ialah garam. Jangan sesekali yis bercampur dengan garam. Mati terus ia. Terus bantat roti nanti. tak akan naik.

3. Suhu mempengaruhi kenaikkan roti. Jika buat waktu cuaca panas, roti cepat kembang/naik. Kalau buat waktu cuaca mendung hujan, cari penyakit. hahaha. Berkulatlah menunggu roti naik ya. Tapi kalau nak makan juga, buatlah.
Ada juga tipsnya dari kak Rube, dia kata, panaskan oven sekejap, offkan. Masukkan roti tadi ke dalam selama beberapa minit atau hingga kembang.

4.Kesabaran. Apapun yang kita buat kena bersabar, baru jadi ngan jayanya. Menunggu roti naik memerlukan kesabaran. Jika roti tak naik ? lagi tinggi kesabaran yang diperlukan. muahaha

Okaylah, daripada mokcik membebel dengan lebih panjang lagi, korang jeling-jelinglah resepi ni kemudian buat ya. Caiyok !

Roti (Doh)

Bahan-bahan :

500gm tepung gandum
11 gm yis segera
1/2 cwn gula halus
Secubit garam
2 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil bread improver
1 sudu besar water roux ( saya gantikan dengan 2 sudu makan bread softener )
1 biji telur
220 ml air suam ( saya guna air sejuk dari peti ais )
2 sudu besar mentega/marjerin

Water Roux

1/4 cwn tpg gandum
250 ml air

Cara-caranya :

- Sebatikan n masak atas api perlahan....sentiasa kacau hingga pekat.
sejukkan br guna
- Selebihnya blh simpan dlm peti ais...tahan 3 hr..

Cara-caranya :

- Satukan semua bahan.
- Kalau nak rendam yis dgn air suam dan gula dulu pun boleh.
- Uli hingga lembut.
- Perap doh 30 minit atau hingga doh naik sekali ganda.
- Setelah doh naik, tumbuk-tumbuk doh, dan bulat-bulatkan atau nak letak sosej & lain-lain inti pun boleh.
- Rehatkan doh 30 minit sapu butter atau kuning telur.
- Bakar pada suhu 160' selama 20-25 minit bergantung pada oven masing-masing.

Tips :

Resepi ini sesuai untuk pelbagai jenis roti seperti Mexican Bun, Red Bean Bun, Kaya Bun atau Sausage bun. :)

Selamat Mencuba !

2 comments: