October 1, 2013

Chocolate Cheesecake



Yeayyy ! Cubaan buat kek kali kedua, sukses !
Bahagia rasanya uii, maklumlah saya budak baharu belajar buat kek. Itu pun tidak ikut mana-mana kursus. Main tengok buku resepi saja. Nyenyaklah tidur saya malam ni. :)

Kalau hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih kan ? Kalau kita ingin capai sesuatu itu, semuanya terpulang dari kita, sama ada mahu buat atau tidak. Mahu berjaya atau tetap di tempat yang sama. Tepuk dada, tanya hati. :)

Ini gambar penuh kek ini,




Macam betul saja si juli buat kek ! Hahaha ! Bidang yang saya paling tidak suka dalam dunia masak ialah buat kek ! Ntah sekarang macam jatuh cinta pula. Saya mahu kuasai bidang ini. Pembuatan kek yang saya rasa macam add math. :)
Rupanya tidak juga macam add math. Cuma perlu praktis buat selalu ja kan ? bertambah baiklah nanti tu.

Ini pula gambar kek setelah dibedah walau belum keras secukupnya. Tidak sabar punya kes. :D




Bolehlah kan ? Kasi change la budak baharu belajar ni kasihan. Hikhikhik

Percubaan pertama buat kek hari tu, kek mousse coklat, tidak begitu menggembirakan. Jadi nekad buat lagi. Ini kali, serius sudah. Hasilnya ? Bliss !

Resepi berdasarkan buku Kompilasi Hidangan Kek Alaf 21. Kek Keju Coklat Dingin atau Chocolate Cheesecake.
Ini dia resepinya, moga dapat dimanfaatkan bersama.


Resepi

Bahan kek span coklat :

200 gm tepung kek
200 gm gula kastor
110 gm mentega cair
100 gm air
40 gm serbuk koko
20 gm ovalette
6 biji telur gred A
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh emulco

Cara membuat :

- Griskan acuan bulat berukuran 8 inci, Panaskan ketuhar pada suhu 160 '.
- Satukan gula kastor, ovalette, tepung kek, serbuk penaik & telur dalam mangkuk adunan. Pukul hingga gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.
- Masukkan emulco & serbuk koko. Pukul lagi.
- Tuang mentega cair & gaul guna spatula.
- Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 45 minit.

Bahan Keju :

250 gm krim keju
80 gm gula kastor
100 gm coklat masakan - cairkan
250 gm krim putar
50 gm air
15 gelatin halal

Cara membuatnya :

- Krim putar dipukul hingga kembang dan gebu. Simpan di dalam peti sejuk.
- Pukul krim keju dan gula kastor hingga berkrim.
- Masukkan krim putar & coklat masakan. kacau sebati adunan.
- Gelatin dicampurkan dengan air panas secara double boiler hingga gelatin hancur.
- Tuang ke dalam adunan keju tadi. Pukul hingga sebati.
- Kek span coklat dihiris dua. Masukkan bahagian satu ke dalam acuan springform bulat berukan 8 inci.
- Tuang adunan keju & bekukan. Saya buat dua layer. Terpulang dari tahap rajin anda.

Selamat Mencuba !

4 comments:

  1. Assalam...tulisan x clear..halus sgt..maaf ye :)

    ReplyDelete
  2. datang nak mintak kek sepotong..:)

    follow u..

    ReplyDelete