July 4, 2013

Lempeng Roti SRK Holy Trinity


Tidak ada terdapat di mana-mana ini makanan kecuali di sekolah rendah saya iaitu SRK Holy Trinity, Tawau. Hahaha. Harganya waktu itu, 20 sen sahaja. Duit bekal yang ayah bagi cuma 50 sen dan air dalam plastik bungkus (air ni kalau nak minum kena bocorkan dari bawah plastiknya pastu disedut-sedut saja) harganya 20 sen juga. 10 sen dari duit poket saya, saya belikan adik tunggal saya keropok Karaoke. Tiap hari dia tunggu saya depan pintu rumah demi keropok ni. Bila samapai saja depan pintu rumah, " Kak, kopok ." katanya. :)

Bah, berbalik pada si lempeng roti ni. Tiba-tiba plak tekak ni teringin nak makan roti ni, ntah kenapa. Rindu zaman kanak-kanak kot ! Hehehe
Lempeng roti ni sedap dimakan tika sarapan dan kudapan petang. Rasanya balance , manis ada, masin pun ada. Makan panas-panas dengan segelas minuman panas. Mantap !
Kalau kat sekolah dulu, makan begitu sahaja, maklumlah harganya cuma 20 sen. Takkanlah tokey kantin tu nak tambah jem segala bagai. Confirm tidak ada untung. Hahaha
Sekarang, kalau saya makan roti ni, saya akan tambah jem or butter. Yummy !

Anyway, ini dia resepinya kepada sesiapa yang ingin mencubanya. Mudah & ringkas sahaja. Bah, cuba-cubalah ya. Gerenti nak buat lagi ! Ekekek

Resepi

Bahan-bahan :

4 keping roti
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
3-4 sudu besar gula
Air secukupnya

Cara-caranya :

- Masukkan tepung gandum, telur, garam, gula & air secukupnya. Adunan kena secair macam nak goreng, gereng pisang.
- Celup roti ke dalam adunan, bakar tanpa minyak pada kuali/non-stick pan yang telah diletakkan minyak sedikit.
- Bolak-balikkannya hingga kelihatan hangus-hangus sedikit. Angkat.
- Sedia dinikmati bersama jem dan sebagainya.

Selamat Mencuba !






No comments:

Post a Comment