Hari demi hari, kita jumpa pelbagai jenis hamba Allah.
Tentang zahirnya tidak boleh dipertikai sama sekali kerna itu ciptaan Allah.
Tapi Allah kan adil, diberinya kita semua 'hati' yang sama.
Kita yang pilih kita mahu jadi apa?
Hamba Allah; warna-warni semuanya.
Ada yang warna terang kemudiannya malap.
Ada yang malap kemudiannya terang.
Ada malap dan terus malap.
Ada yang terang dan terus terang.
Fungsi lain-lain.
Tapi semuanya tetap memberi manfaat baik walaupun malap.
Malapnya warna yang dia pilih, ertinya kita tidak perlu ikut seperti pilihannya.
Kan itu adalah contoh tidak baik yang ada manfaatnya?
Yakni; tidak perlu ikut.
Namun, yang tetap akan disimpan di dalam hati ialah yang cantik warnanya.
Bertuahlah kita kerna dari hati yang kita punya, kita boleh pilih warna apa yang kita suka.
Warna terang atau malap.
Dan rugilah kita, jika kita pilih warna yang malap.
Hadir ke kehidupan seseorang dengan membawa suram semata.
Padahal, datangnya mungkin hanya sekejap.
Tapi yang akan dikenang nanti bersifat selamanya.
Rugilah.
No comments:
Post a Comment