November 14, 2013

Kek Batik



Fuhh, siap juga akhirnya resepi kek batik step by step ni ! Penatnyaaa, uwaaa !
Tidak apalah kan ? buat perkongsian ilmu juga apa salahnya.:)

Oklah, jom start buat !

Kita start dari resepinya dulu ya, ini dia :

Resepi ( loyang 8 inci )

Bahan-bahannya :

2 bungkus biskut Marie
250 gm serbuk Milo
250 gm serbuk koko
50 gm gula
100 gm coklat masakan
250 gm marjerin ( saya guna jenama Pelangi, sedap ! )
2 biji telur
500 ml air ( inilah bahan yang dapat melembutkan kek batik itu nanti )
2 helai plastik tahan panas ( untuk lapik bawah loyang agar dapat permukaan yang licin & memudahkan proses mengeluarkannya dari loyang )

Cara-caranya :

Ambil 2 helai plastik tahan panas, potong bawah plastik & tepi ( kiri or kanan ) untuk melebarkan plastik dan ia tak berlapis dua. Alah, plastik untuk bungkus lauk-pauk tu. ini dia :

 

Lepas dah potong, lapik kat loyang macam ni :
 

Selesai menyediakan loyang supaya tidak kelam-kabut nanti. Kemudian masukkan serbuk Milo, koko, gula & air ke dalam periuk. Didihkan hingga gula hancur & adunan sebati.


Masukkan pula marjerin, masak hingga marjerin cair & sebati.


Kemudian ambil telur 2 biji tadi, pukul sedikit.

Ingat, Ini proses penting ya. Buat betul-betul, sebab kita tidak mahu telur itu nanti berketul-ketul.

Lepas pukul telur jangan terus masukkan dalam periuk yang berisi adunan panas tu, tapi ambil 1 sudu sup adunan coklat dalam periuk tuang ke dalam mangkuk telur. Pukul cepat-cepat agar telur tak berketul.

Ambil 1 sudu sup lagi, pukul cepat-cepat juga tau. Haa, baru boleh masuk dalam periuk adunan coklat. Ketika masuk dalam periuk itu pun, kacau cepat-cepat ya. Kalau tidak berketul-ketul juga nanti tu.

 

Begini rupanya selepas dicampur aduanan coklat panas dari dalam periuk tu. Tidak berketul.




Ini pula adunan yang telah dicampur dengan telur tadi, licin & tidak berketul. Adunan ini yang kita mahukan. Tutup api. Tapi bila masa melapis nanti ia agak sejuk, panaskan lagi. Adunan ini kena sentiasa panas tau agar kek kita nanti lembut.



Selepas itu, ambil loyang yang telah dilapik dengan plastik tahan panas tadi. Ambil kira-kira 2 sudu sup adunan coklat, buat lapisan pertama. macam dalam gambar.



Ambil biskut Marie, susun diatasnya. Proses ini pun buat cepat-cepat tau. Ingat, adunan coklat kena sentiasa panas.


Tuang adunan coklat lagi..


Ulang proses yang sama hingga biskut marie habis. Ingat, adunan coklat kena sentiasa panas, buka api semula jika adunan agak sejuk. ( banyak kali dah saya ingatkan ni, sebab kita mahukan kek batik yang lembut ) Selepas habis melapis, tekan-tekan sikit kek tersebut agar padat.

Kemudian masukkan ke dalam peti ais lebih kurang 3 jam. Kalau di aras sejuk beku peti ais, 1 jam saja sudah cukup. Keluarkan & telungkupkan/terbalikkan. Seperti ini :



Kemudian buka plastiknya..

 


Inilah hasilnya, permukaannya rata. Ini boleh makan dah ni. Tapi kalau saya, saya saya mahu permukaan yang kemas. 




Jadi saya lapis dengan ganache ( susu/thick cream + coklat masakan ) sapukan atasnya. Macam ni :




Hasil terakhir, bolehlah masukkan ke dalam fridge. Siap sudah. yeay !



Selepas disejukkan, bolehlah dihias atau terus potong-potong untuk dihidangkan.


Selamat Mencuba !

No comments:

Post a Comment